Sunday, 27 July 2008

Malaysia & Sistem Pendidikannya (Sambungan Dr Mahathir & Ambisi Sebuah Negara)

Assalamualaikum. Hmmm perkara ni banyak kali jugak aku fikir nak menulisnya tapi memang agak sensitif tapi aku rasa ada eloknya aku berkongsi especially bagi rakan2 yang berada di Malaysia. First macam yang kita nampak R&D di Malaysia ni agak lembap dan tak ramai yang berkecimpung dalam bidang ni menyebabkan kita terpaksa mengimport teknologi2 dan tak mampu menghasilkannya sendiri. Perkara ni aku rasa berpunca dari akar umbi sistem pendidikan malaysia, kelemahan universiti dan kurangnya syarikat2 tempatan dalam mengendalikan R&D

Okeh mula dengan cerita tentang Universiti aku, TOHOKU UNIVERSITI. Mungkin universiti ni tak top ranking sangat kalau dibariskan pada ranking keseluruhan universiti tapi R&D bagi universiti ini adalah antara yang terbaik dan peruntukannya menyamai universiti2 ternama di Jepun seperti TOKYO UNIVERSITI. Okeh bukannya nak cerita tentang tu tetapi apa yang aku nak kata, almost all my lecture bukannya bekerja sebagai pensyarah tetapi sebagai researcher & part time menyampaikan ilmu sebagai pensyarah. Harap korang boleh beza kan LECTURER/RESEARCHER. budaya ni aku rasa suatu yang aku tak nampak dekat Malaysia waktu aku ada di UM dulu. kebanyakan kita menganggap LECTURER adalah pekerjaan yang menumpukan perhatian kepada mengajar dan menghasilkan graduan2. Perspektif ini aku rasa sangat berbahaya dan ini melemahkan sektor R&D negara kita kerana kita membazirkan TENAGA PAKAR kita begitu saja. Nak kata R&D syarikat2 kita, hmmmm rasa PETRONAS la kut (mungkin tak akan kekal kerana masalah minyak), dah korang kata R&D PROTON pun ketinggalan.

Okeh, 2nd pada pendapat aku sistem pendidikan di Malaysia bukannya melatih kita mengeluarkan sesuatu2 yang baru (reka cipta) tetapi menggunakan dan mungkin membaik pulih benda2 yang sedia ada. Perkara ni memang aku tak sedar langsung dulu tapi dari pengalaman & pengamatan selama 2 tahun di sini, YA aku rasa camtu. macam kebanyakan2 universiti2 di Malaysia, ada latihan2 industri di mana melatih graduan2 skill2 sewaktu bekerja di kilang2 & sebagainya nanti tapi di universiti sini semua tu x ada. universiti di sini menumpukan kepada reseach dan ingin menyumbat studentnya ke dalam lab selama mungkin. cakap tentang lab bukannya bilik lab buat eksp tetapi group lab yang mungkin antara 10-15orang diketuai professor2 yang mengendalikan project2 R&D sebenar yang dikelola syarikat. macam sensei yang aku dapat dia buat research tentang penggunaan SUPERCRITICAL WATER (boleh tgk dlm thermodynamic) yang masih belum digunakan secara umum dalam teknologi skrg. tak pasti sistem2 di universiti lain tapi bagi universiti sini, pelajar tahun 1 sem 1 lagi telah didedahkan dengan R&D di mana setiap kumpulan akan didedahkan dengan research2 sebenar universiti yang dikendalikan oleh senseinya sendiri. malah pada sem 4 pelajar telah diberi satu tajuk(macam aku nuclear plant aging effect & SCC), kendalikan eksperimen & pembelajaran sendiri di bawah pemerhatian ketua researcher lab dan pada akhir tempoh pelajar membetangkan semua hasil2 kerja kepada semua untuk dinilai. aku rasa sistem ni suatu yang baik dan bagi pendedahan awal student kepada proses R&D. kita tak saja baca buku jawab soalan tapi kita didedah dengan dunia sebenar teknologi sekarang. mungkin korang masih tak familiar dengan nano-tiub yang senipis 2 atom & transistor yang sekecil 5nm yang bakal digunakan 10-15tahun akan datang.

Jadi aku rasa kita kena set kepala yang selepas graduate jangan terhenti cam tu sahaja & terperuk dalam kilang pebaik mesin yang negara2 lain buat. kita kena melangkah ke hadapan selaku peneroka kepada suatu yang baru dan bermanfaat (R&D). jika perkembangan kita terbantut begitu sahaja bermakna malaysia telah gagal dan kita graduan yang gagal. percaya tak korang yang 9A1, 8A malaysia tu sebenarnya nothing dan aku boleh kata tak ada kualiti pun (x semua). kita bangga dengan 9A yang semakin ramai tapi kualiti sebenarnya semakin lemah dan tak mampu bersaing jika dibawa melihat dunia luar. mungkin malaysia selama 20tahun ini bermula 1980 dapat merintis untuk perubahan generasi 20 tahun yang akan datang 2020 tapi kita harus ingat yang dunia di sekeliling makin ligat bergerak & kita akan terus ketinggalan jika kita tak mengejar dengan 3 malah 5 kali ganda. tak nak lagi duk buat research pokok durian, benih padi. orang dah buat benda tu dari zaman peralihan lagi. sekarang dunia nano, dunia aerospace, dunia digital tu yang kita nak kejar & dengan itu kita patut menyokong syarikat2 penaung teknologi kita cam petronas & proton. diaorang la yang memberi peluang untuk kita maju. mana korang nak sumbat engineer yang beribu2 lemon grad tiap tahun tanpa diaorang, nak harap kilang jepun kita duduk la keja perbaik mesin kt kilang diaorang tu sepanjang hayat. okeh benda ni semua bukan nak kata sesiapa atau merendahkan mana2 pihak tetapi sekadar aku nak kongsi sesuatu yang aku alami yang mungkin berbeza dengan pengalaman korang. kalau tak apa guna JPA bayar biasiswa RM4000 sebulan. wassalam

Abang Nak Kuih?

Hari-hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K. Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul
dihadapan.

'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah di kl... abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka
pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah
abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul
dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu
lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!! ! ---

Dr Mahathir & Ambisi Sebuah Negara (Proton & KLCC)

Assalamualaikum. First of all aku nak tulis benda ni disebabkan sesuatu pemikiran yang aku rasa tak patut ada pada seorang warganegara Malaysia khususnya melayu. 

Mukaddimahnya aku start dengan biodata Dr Mahathir. Beliau dilahirkan pada 10/7/1925 di Alor Setar, Kedah. Bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII Medical College, Singapore. Beliau bertugas sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 1981 hingga 2003. 6 bulan selepas perlantikan beliau telah mengasaskan Dasar Look East Policy & menyuntik dana sebuah syarikan yang hidup segan mati tak mahu PETRONAS. Pada 1983 beliau telah mengilhamkan penubuhan PROTON yang merupakan pengeluar kereta nasional pertama. Pada 1998 atas ambisi beliau, Petronas Twin Tower telah siap dibina dan menjadi bagunan tertinggi di dunia  yang selama ini didominasi oleh US. Dan ambisi beliau tidak terhad begitu sahaja malah beliau mengilhamkan gagasan MSC (Multimedia Super Corridor) yang meliputi KLIA, Putrajaya Dan Cyberjaya. Akhirnya beliau meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri pada 2003 (78tahun) dan meninggalkan kata2 (seorang pemimpin yang bijak akan meletakkan jawatan tatkala namanya harum & dikenang, bukannya sewaktu dibenci dan digulingkan) ^^ 

Ok. dalam hal ini aku nak bercerita tentang beberapa perkara yang aku dapat dari BTN, ambisi seorang pemimpin Malaysia yang unggul. Bila kita menyebut nama PROTON ramai orang akan mengeluh. Harganya mahal, malah nak memelihara kereta nasional menyebabkan harga kereta import tinggi akibat cukai. Malah cukai yang dikenakan tak munasabah iaitu 100% hingga 200%. Akibat rungutan2 ini nama PROTON semakin busuk di kalangan rakyat malaysia sendiri malah ada yang mengatakan mereka terpaksa membeli PROTON yang masih kerek kerana tidak ada pilihan. Semua yang dikatakan di atas ada kebenarannya. TAPI adakah anda tahu bahawa satu2 nya kereta nasional malaysia adalah PROTON? bagaimana dengan PERODUA? PERODUA kini telah dimiliki oleh syarikat JEPUN, DAIHATSU dan kebanyakan produk perodua adalah kereta DAIHATSU yang ditukar bunpernya supaya mendapat taraf nasional. Begitu juga denga NAZA KIA yang beriya-iya mengatakan mereka menghasilkan kereta nasional sendiri.

Jika anda memikirkan tentang Jermen, anda terbayang kereta mewah Merc. Kalau Jepun, kita terbayangkan alat elektronik Sony, kereta HONDA & TOYOTA dan sebagainya. Kalau Korea kita terbayang keunggulan SAMSUNG, KIA dan mungkin LG. Bagaimana pula jika anda membayangkan Malaysia. Adakah kita bangga menghasilkan ROTI CANAI yang dijual dengan harga RM10 sekeping di BAMPAKU,  teh tarik yang kaw, padi yang kualitinya masih x dapat menandingi Thailand, minyak kelapa sawit yang ditukar dengan pesawat sukhoi dan program angkasawan dan mungkin petroleum yang dieksport kerana mutunya yang tinggi tapi tak dapat dinikmati oleh rakyat malaysia kerana harga minyak tinggi. Adakah itu imej yang anda mahu bagi negara anda? Adakah itu yang anda dabik mengatakan Malaysia negara maju dan tak seperti negara2 serantau seperti Thailand dan Indonesia? Sebenarnya di sebalik kesusahan PROTON terselit ambisi sebuah negara kecil MALAYSIA ingin menjadi sebuah negara maju setanding dengan jepun, korea, eropah dan lain2. Jika anda membenamkan permata ini anda umpama membenarkan negara kita dijajah ekonominya oleh negara2 lain. Mungkin kita akan kaya dengan kereta2 mewah Mercedes dan TOYOTA dan sebagainya tapi pada hakikatnya ekonomi kita dijajah oleh mereka sedangkan kita mampu untuk menghasilkannya sendiri. Balik pada awal penubuhan PROTON, memang ramai memandang rendah mampukah kita menghasilkan kereta sendiri malah ada yang berkata "kalau nak buat engine pun x lepas, ni nak buat kereta". MAHATHIR telah menyahut cabaran ini "apa kata kita buat brand kereta dulu dan yang lain disusuli kemudian". Pada mulanya kita mungkin hanya merangka design kereta dengan ihsan mitsubushi. Tapi sekarang kita mempunyai tenaga2 yang mampu menghasilkan engine kereta sendiri berpayungkan syarikat PROTON yang dahulunya nak membina pintu sendiri pun tak mampu. Siapa sangka PETRONAS yang dahulunya hidup segan mati tak mahu tapi hari ini menjelajah ke bumi arab membantu mereka mencarigali minyak. PETRONAS adalah hasil pemikiran positif pemimpin kita, dan hari ini kita harus menyahut seruan ambisi ini dengan menyokong PROTON yang mungkin suatu hari nanti akan berdiri setaraf dengan pengeluar2 lain.

Pesanan : mungkin kita terutamanya masyarakat melayu hanya nampak apa yang hilang di depan mata (duit) tapi kita tak sedar apa yang hilang di sebaliknya (dominasi ekonomi malaysia oleh syarikat2 gergasi luar). PROTON adalah syarikat kita dan segala keuntungannya akan balik kepada rakyat Malaysia tapi keuntungan syarikat HONDA sebenarnya bukan dinikmati oleh anda tetapi oleh masyarakat JEPUN yang suka memakan ramen =p 

Sebenarnya ada cerita menarik di sebalik  menara petronas dan MSC dan aku akan sentuh sikit ja. Adakan anda tahu idea asal MSC sebenarnya diasaskan oleh BILL GATES yang telah membentangkan kertas kerja pelaburan untuk pembinaan Silicon Valley di Malaysia tetapi Dr Mahathir menolak cadangan itu dengan berkata, dari dia nak buat Silicon Valley untuk kita baik kita buat sendiri dan hanya mengambil kepakaran mereka ^^ dan dengan itu terhasillah MSC yang milik kerajaan malaysia dan hanya mengambil BILL GATES sebagai penasihat. 

Bagi menara petronas, Dr Mahathir telah merintis idea persaingan dalam pembinaan MEGA PROJECT dengan memberikan 2 kontrak berbeza kepada 2 syarikat berbeza. Setiap syarikat membina satu menara yang berbeza dan mereka sentiasa berlumba-lumba menyiapkan KLCC. Pada awal pembinaan KLCC mengalami kelewatan kerana pelbagai masalah berkaitan tanah dan mengalami kelewatan tetapi dengan semangat berlumba2 yang ditunjukkan o 2 syarikat mereka menyiapkannya pada waktu yang ditetapkan malah sebuah syarikat itu bekerja pada malam hari secara sembunyi semata2 ingin memenagi perlumbaan yang akhirnya mereka menyiapkannya seminggu lebih awal dari pesaingnya. Idea ini telah ditiru oleh DUBAI dalam menyiapkan mega project mereka malah US sendiri telah memperkenalkan konsep persaingan dalam pembinaan X-FIGHTER yang pertama kalinya dalam sejarah. Malah apa yang memeranjatkan sebenarnya bentuk asas KLCC diilhamkan dan dilakar oleh Dr Mahathir sendiri setelah berkali2 menolak proposal arkitek yang dirasakan tidak menepati ciri2 unik malaysia

AKU DAN MAC DONALD

Mungkin bagi setiap manusia, untuk berubah Allah akan memberi hidayah kepadanya dalam pelbagai2 bentuk. Sama ada kematian ahli keluarga, penyakit, dapat awek yang solehah :p hehe dan sebagainya. Tapi bagi aku, sejarah hidupku berubah setelah pertemuanku dan McD. Dari situ aku terbelajar 2 perkara yang paling penting iaitu IMPIAN dan HARAPAN.  Mungkin bagi sesetengah orang dah muak dengar perkataan ni tapi disebabkan hal inilah aku terasa tergerak nak menulis blog ni dengan harapan suatu hari nanti, mungkin bukan aku tetapi bagi sesiapa yang terbaca akan menjadi penggerak impian dan harapan.

Mukaddimahnya aku start dari konteks bahasa. Bagi aku yang belajar 3 bahasa ni aku terperasan suatu benda. Dalam english dream boleh ditafsirkan sama ada impian atau mimpi kan. Yang peliknya begitu jugak dalam bahasa jepun, Yume yang jugak membawa maksud yang sama. Begitu jugak perkataan mimpi itu sendiri yang aku rasa jugak boleh membawa kepada kepada tafsir yang sama. Itu apa yang aku fikirkan dan daripada itu apa yang aku simpulkan mimpi dan impian mempunyai hubungkait antara satu sama lain dan dijelmakan dalam bentuk perkataan.

Okeh, Aku dan McD ni adalah peristiwa aku waktu hujung sem2 1nen AAJ dulu. Waktu tu aku dapat tawaran anugerah Mc Donald yang diadakan di Swan Hotel, Ipoh, Perak. Tentang anugerah tu aku tak nak cerita tapi aktiviti yang disertakan bersama anugerah tu. Pertamanya melawati rumah anak-anak yatim dan perkemahan. Pada waktu petang sebelum anugerah aku dan 7 orang peserta lain dibawa oleh petugas2 McD untuk melawat rumah anak2 yatim. Bagi sapa2 yang tak pernah melawat rumah anak yatim, sebenarnya rumah anak yatim ada 2 jenis iaitu yang mendapat bantuan dan yang tak mendapat bantuan (swasta). Yang mendapat bantuan ni biasanya hidup diaorang lebih terjamin berbanding yang tak mendapat bantuan. Malangnya rumah yang aku lawati ialah rumah anak yatim swasta.  Kawasannya tak besar, ada 4 biji rumah papan. 2 untuk wanita dan 2 untuk lelaki. Rata2 yang tinggal dekat situ lingkungan umur 10tahun hingga 16 tahun (anggaran aku) dan seorang makcik tua yang disisihkan oleh anaknya.

Rumah swasta ini tak mendapat bantuan dan sumber kewangannya ditanggung sepenuhnya oleh tenaga pekerja sukarelawan rumah tu. Mulianya hati mereka yang memberi bantuan. Ini termasuk tempat tinggal, makanan, dan mungkin persekolahan sekali (x pasti). Al maklum mereka yang memberikan bantuan juga hidup dalam sumber yang terhad, hidup anak2 yatim ni memang aku tengok sedih gila. Aku diajak oleh seorang budak yang aku panggil Din (form3) untuk melawat rumah diaorang.  Rumah papan ala2 rumah kampung, bila aku naik tu memang nampak la boro2 sana sini. Masuk dalam bilik diaorang dalam tu ada 5 atau 6 katil double. Entah la kalau korang gi tengok sendiri korang boleh bayang la betapa bahagianya korang yang dibela oleh keluarga sendiri.

Waktu lepak2 dekat bilik diaorang tu kami buat macam seisi dialog dan berkenal kenalan dengan anak2 ni. Tentang persekolahan diaorang, buku2 memang semua sumbangan ihsan. Tak ada la lengkap macam kita yang dapat free kat AAJ tu. Ala kadar ja. Dari situ aku dengar macam2 kisah macam mana diaorang akhirnya ditempatkan dekat tempat tu. Kematian family dan sebagainya. Dengan hidup yang terumbang ambing, tak ada tempat mengadu, aku memang tak boleh bayangkan apa hidup diaorang masa depan. Setiap orang yang aku tanya semua ada cita2, impian tapi adakah diaorang mampu mencapainya. Adakah diaorang akan berputus ada. Siapa tahu.

Waktu tu aku terfikir suatu benda. Kenapa aku berada di tempat aku dan mereka berada di tempat mereka. Allah dah bagi kepandaian, keluarga yang penyayang, badan yang sihat, malah diberi lagi peluang belajar di jepun yang mendapat biasiswa lumayan tapi apa yang diaorang ada. Rumah yang buruk, keluarga yang dalam kenangan, masa depan yang gelap. Di mana keadilan hidup. Adakah Allah tak bertindak adil dan memilih sesetengah hambanya saja untuk diberi nikmat? Tidak.... Allah Maha Adil. Kesenangan yang diberikan ini sebenarnya disertai oleh amanah yang berat yang perlu dipikul oleh kita. Mungkin kita tak sedar, tapi sebenarnya kita adalah golongan yang dipilih oleh Allah untuk membela agamanya, membela hamba- hambanya yang ditimpa musibah macam anak2 yatim ni. 

Jika ditarik biasiswa korang yang bernilai RM5000 sebulan tu, kerajaan boleh membiayai 20 orang anak2 yang ditimpa kesusahan macam diaorang ni. Tapi Allah dah tetapkan juga kita ditempatkan ni bumi Jepun ni. Untuk memikul amanah. Kenapa kita tak pernah sedar tentang hal ini. Pentingkan diri sendiri. Beli baju mahal2, mekap sana sini pastu bangga bila member nihonjin kata nihonjin rashi. Apa guna semua tu. Bangga sangat ka digelar nihonjin. Kakkoi sangat ka. Terasa bijin sangat ka. Pastu syok sendiri. Mungkin pada waktu tu apa yang aku boleh berikan pada diaorang cuma nasihat. Tapi pada masa depan kita akan mempunyai kedudukan kewangan yang lebih kukuh untuk menjamin hidup anak2 yatim ni. Sedar atau tidak kita adalah harapan anak2 yatim macam diaorang ni. Harapan bangsa, harapan agama, harapan negara. Sedarla tentang amanah yang berat yang sebenarnya terpikul di bahu setiap kita jadi marilah kita sama2 berusaha. Aku terasa ini jadi amanah untuk aku sampaikan pada korang. Mana tahu perjuangan aku setakat esok, lusa,25, 30,50 atau 70. Kita tak tahu hujung pangkal ajal kita jadi sekurang-kurangnya apa yang aku dapat ni terpahat pada hati seorang dua atau mungkin lebih.

Okeh setel mengarang first half Aku Dan Mac D. Hehehe. Wassalam.

MANUSIA, MIMPI DAN AIR MATA

Assalamualaikum. Sebelum studi ni aku nak menulis sikit tentang ilmu yang aku dapat dari segmen lepas IQ Sapuri tadi kat tv. Hari ni yang aku rasa menarik tentang psikologi yang mengkaji tahap stess seorang manusia. Menurut pakar tu la dia cakap manusia yang bermimpi waktu tidur dan mimpi tu bewarna dan boleh ingat maksudnya tahap stessnya tinggi. kira dia nak kata mimpi biasa hitam putih ja la dan sapa yang boleh ingat mimpi dia macam tengok tv kaler tu jaga2 dangan tahap stess korang. Maa cakap kat orang aku pun rajin gak mimpi terutamanya start dari hujung 1nen AAJ huhuhuhuuhu.

Okeh jadi apa kaitannya dengan air mata dalam tajuk tu. Sebenarnya kepala otak manusia ni ada reset button. Reset button ni guna untuk apa? bukan nak kosongkan pala otak korang dengan brainwash tapi reset tahap stress korang tu. Jadi kunci kepada reset button tu ialah air mata. Dari kajian yang dia buat menyatakan bahawa selepas manusia itu menangis kelapa otaknya akan rasa kosong dan tenang. Berkenaan dengan menangis ni biasanya lelaki kononnya tak kakkoi la klu menangis dan wanita suka menangis kalau terasa sedih. Keperasanan lelaki yang nak nampak kakkoi ni sebenarnya mengundang masalah balik pada dia sebenarnya. Lelaki yang suka "gaman" berisiko tinggi mendapat serangan jantung sebab bila kita stress tekanan darah tinggi kan. Oleh itu wanita dinyatakan hidup lebih lama kerana diaorang stress free kerana sentiasa mereset kepala diaorang dengan menangis. 

Jadi maybe kita kena ubah sedikit tanggapan kita tentang menangis ni. Manusia memang diciptakan untuk ketawa apabila seronok dan menangis apabila sedih. Buangkan rasa ego anda dan tunjukkan perasaan anda yang sebenar. Hint yang dia bagi tadi untuk lelaki, menangis yang tidak mengeluarkan air mata pun boleh mengurangkan stress macam bila korang tengok movie sedih sangat korang terasa mata korang panas nak agak berair. Itu pun dah cukup dan korang akan terasa sukkiri lepas menonton eiga. Moral : Tengoklah cerita2 sedih sebulan sekali nak reset pala otak korang tu :p hehehehee lawak ja. Wassalam


People are not memories that you can put into words. They live holding onto their feelings.
 

MANUSIA DAN HARTA

3rd blog yang aku tulis sejak semalam. Bosan sangat studi kikou. Anyway sampi sekarang aku fushigi gila kenapa manusia gilakan harta sangat. Dari analisa aku la, manusia mempunyai kehendak yang tak terbatas especially kaum wanita (jangan marah :p). Okeh start dari nilai 1 ringgit, waktu zaman kanak2 dulu kira seringgit ni duit belanja sekolah aku tiap hari. Apa yang aku buat dengan duit tu? Zaman darjah 1-4 selalu aku beli nasik lemak lauk ayam dekat gerai depan sekolah.Tapi waktu zaman 5-6 time tu tengah popular cerita Dash Yankuro klu x silap. Memang time tu harga sebijik kereta audi RM9.90 hihi ingat lagi. Sebab aku sanggup menahan perut simpan duit 2 minggu nak beli sebijik2 kereta. Entah dari zaman dulu lagi aku tak suka memintak dari parent. Kalau nak sangat pun aku mintak upah pergi kedai, kalau sekali pergi tu boleh a-a paw 50sen-1ringgit dari parents. For me, klu nak sesuatu benda, lebih baik kita usaha sendiri nak dapat. Tapi time tu ingat lagi engine kereta yang kononnya power tapi harga dia RM35++ ke atas. Tapi time tu memang muri la nak mengumpul RM35. Duit raya pun zaman kecik2 dalam RM20 ja. Jadi itulah nilai RM1, RM10, RM20 dan RM30 aku pada zaman sekolah rendah. 

Waktu sekolah menengah pulak, sebab duduk asrama monthly parents bagi RM100. Awal2 zaman dapat seratus tu memang enjoy gila a-a. Makan kat pekan Pokok Sena tu kalau RM10 tu dah x abis membeli. Burger goreng, keropok lekor, kiew tiau bandung and lain2. tak lupa air tepu pakcik kat stesen bas sambil membeli majalah dan komik2. Waktu form 5 aku menilai koleksi komik dalam RM400 untuk koleksi2 gempak, majalah pc dengan manga. Itulah harta aku yang pertama. Waktu form 2-3 memang berjinak2 dengan cyber cafe and sekali pergi main game 3jam RM10. Tapi waktu zaman sekolah menengah ada 2 benda yang aku nak sangat, Gameboy Colour dengan Camera. Gameboy yang aku beli campur dengan game RM300 manakala kamera harga RM 250, dua-dua guna duit simpanan yang simpan agak lama jugak la sebab nak mengumpul dari RM100 sebulan. Waktu form 5 tetiba cikgu ada offer biasiswa free setahun sejumlah RM600. Setelah membodek2 yatto berjaya dapat and aku guna duit tu buat lesen kereta time lepas SPM. alhamdulillah jugak sebab bagi budak sekolah menengah macam aku ni memang mustahil la nak mengumpul RM600. Jadi itulah nilai RM100, RM250, RM300,RM400 dan RM600 aku zaman sekolah menengah dulu. 

Sebelum masuk AAJ aku dengan 2 orang member buat contract dengan sekolah untuk repair semua pc kat sekolah yang jumlahnya 70bijik beserta mengemas bilik, menjadi guard malam sebab time tu asrama perempuan kena masuk GS (Orang Gila Seks) and alhamdulillah waktu tu bayaran yang aku terima jumlahnya RM2000 setelah 1bulan setengah kerja. Dengan duit kerja pertama aku tu la aku berjaya membeli hanset butterfly nokia yang berharga RM700 time tu. Memang a-a zaman tu semua nak handset kan. Dan alhamdulillah pihak petronas tersilap masuk biasiswa first month sebanyak RM1500. Dengan duit RM1500 + RM1300 dan biasiswa bulanan RM350 tu la aku hidup dekat AAJ beserta bayar yuran pendaftaran. Dengan duit tu jugak la aku beli Gameboy Advance yang beharga RM450 dan upgrade PC dekat rumah yang berjumlah RM800. Waktu 2nen aku terasa nak beli sangat laptop jadi waktu tu terpaksa la meminjam dari akaun simpanan tetap kerana memang tak tercapai la nak beli benda yang beharga RM3500 time tu. Jadi itulah nilai RM350, RM450,RM800, RM1500, RM2000 dan RM3500 aku di Zaman AAJ dulu. 

Okeh itulah perubahan nilai2 harta dalam hidup aku dari umur 7 tahun sampi 19 tahun. memang nampak perubahan dari nilai ringgit, puluh, ratusan hingga ribu. Malah nilai itu akan terus meningkat dari masa ke masa sehingga nilai yang kita tak dapat jangka. Anyway memang sebab sifat aku yang suka independance dan x nak meminta bantuan orang jadi setiap harta yang aku usahakan dan beli dari zaman dahulu sampi sekarang ni aku boleh ingat. Sebabnya kita terasa seolah2 kita mendapat sesuatu setelah kita berusaha jadi kita akan menghargai setiap apa yang kita ada. Mungkin cara aku dan korang berlainan tetapi itulah aku. Jika inginkan sesuatu berusahalah untuk memperolehinya dengan usaha sendiri. Jadi dah menjadi sifat untuk mengatur setiap perbelanjaan sendiri supaya setiap apa yang kita belanjakan tu tak sia-sia. Bukannya kedekut sampi duit semua simpan dalam bank ja tapi maximize setiap nilai yang kita belanja. Mungkin sebab had perbelanjaan yang ada dan agak kibishi menyebabkan aku mengatur perbelanjaan dengan lebih cermat. 

Mungkin orang pelik sebab kenapa tetiba aku tulis tentang semua ni, sebabnya aku terasa yang kita sebagai student kt Jepun sekarang agak mewah dengan biasiswa JPA, jadi kita terlalu manja dan menghabiskan sewenang-wenangnya. Duit yang kita dapat ni sebenarnya hasil titik peluh setiap rakyat Malaysia yang bekerja siang malam tapi kita yang dapat faedahnya. Bayangkan untuk membiayai kita bersamaan dengan biaya 10 pelajar di Malaysia yang mungkin lebih baik dari kita. Setiap nilai yang kita dapat dari JPA adalah AMANAH dari rakyat Malaysia dan Allah, dan kita akan disoal bagi setiap apa yang kita belanjakan di akhirat kelak 

Fuh2 penat kena highlight benda ni dulu sebab takut nanti orang fikir yang aku ni gila harta lak kalau baca sekerat ja. Apa yang aku nak sampaikan ialah biasiswa yang kita dapat itu amanah & betapa beharganya nilai RM1 walaupun mungkin bukan pada korang tetapi kepada orang yang memerlukannya. Hihi okeh sambung balik

Percaya tak korang kalau manusia diberi 1 juta malah 10juta malah 100juta untuk dibelanjakan sehari boleh habis jugak. Sebab manusia mempunyai nafsu yang tiada batasan dan ada ja benda yang manusia nak. Jadi terpulang kepada keupayaan kita untuk mengawalnya. Satu pemikiran melayu terutamanya yang aku tak suka, iaitu gila mengharap dan tamak tapi malas usaha. Ini biasanya fenomena keluarga a-a. Mak meninggal malam pagi dah bergaduh nak bahagi harta. Tanah, rumah, simpanan barang kemas dan bla bla bla. Sanggup sampi tak bercakap lama2 sebab tak puas hati tentang pembahagian harta. Semua nak lebih. Tak ka terasa yang harta diperolehi bukan dari titik peluh sendiri tu akan habis sia-sia juga sebab manusia tak tahu menilainya. Dapat tanah jual pas tu beli kereta, tunggu 5 tahun kereta buruk nak tukar baru. Itu ok lagi sebab nampak gak ni kalau orang kedah kata "belanja sakan" langsung x dapat apa. Dah abis macam tu saja. Kira itu la pandangan aku terhadap harta. Dicampur dengan pengalaman membesar dalam keluarga yang sederhana pada asalnya sebelum diberi rezeki melimpah-ruah oleh Allah. Fenomena pembahagian harta keluarga di mana aku tengok betapa susahnya ayah aku yang diamanahkan dalam urusan membahagikan harta peninggalan kepada 8 adik beradik. Aku pun tak boleh cakap banyak sebab kita belum menempuh alam pekerjaan, alam dewasa bersama keluarga sebab mungkin lebih perit dari yang aku jangkakan. Ini nasihat dari mak aku la yang selalu dia cakap, untuk menjamin masa depan bukak la 2 account bank, satu account semasa dan satu account tetap. Account tetap ni bergantung pada keupayaan korang berapa banyak termampu nak simpan. RM50 ka RM100 ka RM200 ka sebulan tapi jangan sekali-kali diusik sebab pada suatu masa mungkin kita akan lebih memerlukannya berbanding membelanjakannya sekarang. Siapa tahu kan. Wassalam

Wang itu ibarat benih pohon emas. Jika ditanam di tanah yang subur maka akan tumbuhlah ia mekar membuahkan buah emas yang boleh dituai. Jika ditanam di atas tanah yang gersang maka akan lenyaplah ia begitu sahaja. Alangkah lebih baik jika dibelanjakan sedikit ke jalan Allah yang menjanjikan pulangan yang tidak terhitung kelak daripada dibelanjakan menurut kehendak nafsu yang tak pernah puas-puas. 


Love Without Reason Last Longer - Ayumi

 

PANTASNYA WAKTU

Malam ni tetiba teringat tentang masa. Macam dalam surah Al-As yang aku terbuat revision time tadarus jumaat lepas. DEMI MASA, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali mereka yang beramal soleh/beriman dan mereka yang berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran. Lebih kurang macam tu translationnya klu aku x silap, nanti check tafsir dan betulkan balik.

Kalau menurut sains, kita hidup dalam 3 Dimensi iaitu pada paksi x,y,z macam korang belajar la. melompat sana sini nanti tenaga keupayaan + tenaga kinetik bla bla bla. Tetapi percayakan anda bahawa duni kita sebenarnya 4 Dimensi bukan 3 Dimensi.Hehe macam 6th Sense lak. Apa dimensi satu lagi?

Jika sesuatu objek dalam keadaan statik iaitu tidak ada daya atau tenaga dikenakan, dia akan kekal pada satu titik,yang kita anggap x1,y1,z1. Tapi sebenarnya objek itu tidak statik tapi sentiasa bergerak walaupun pada mata kasar kita melihatnya statik. Kenapa aku kata bergerak? Sebab bumi berputar pada paksinya. 
Max earth orbital speed is 30.287 km/s means 109,033km/h. Maksudnya walau kita bermalas malasan pun kita bergerak selaju 100 kali ganda kereta kat Lebuh Raya Plus Utara Selatan. Bayangkan. Ini tak termasuk putaran bumi pada matahari, putaran matahari pada bima sakti dan putaran bima sakti ke serata galaksi. Begitu tekunnya alam bergerak dan terus bergerak untuk menyedarkan manusia betapa pentingnya waktu


Percaya tak korang bahawa kita tak akan berada pada satu titik yang sama sepanjang hidup kita dan kita akan terus bergerak dan terus bergerak dan terus bergerak dan terus bergerak. Itulah janji Allah di mana demi masa manusia akan sentiasa kerugian. Mungkin kita merasakan hari2 kita berulang2 dengan kedatangan malam dan siang tapi percayalah kita sentiasa menjelajah ke dimensi baru setiap detik dalam hidup kita. Itulah DIMENSI KE-4 MASA

Jika nak tahu betapa beharganya 1 tahun tanyalah budak2 yang ryunen, jika 9 bulan tanyalah ibu yang mengandung, jika sebulan tanyalah dak2 yang nak SPM, jika semalam tanyalah dak2 yang nak xm kat jepun, jika sesaat tanyalah manusia yang akan menemui ajalnya dan jika  0.1 saat tanyalah  pelari pecut dan pelumba F1  
Image