Sunday, 27 July 2008

AKU DAN MAC DONALD

Mungkin bagi setiap manusia, untuk berubah Allah akan memberi hidayah kepadanya dalam pelbagai2 bentuk. Sama ada kematian ahli keluarga, penyakit, dapat awek yang solehah :p hehe dan sebagainya. Tapi bagi aku, sejarah hidupku berubah setelah pertemuanku dan McD. Dari situ aku terbelajar 2 perkara yang paling penting iaitu IMPIAN dan HARAPAN.  Mungkin bagi sesetengah orang dah muak dengar perkataan ni tapi disebabkan hal inilah aku terasa tergerak nak menulis blog ni dengan harapan suatu hari nanti, mungkin bukan aku tetapi bagi sesiapa yang terbaca akan menjadi penggerak impian dan harapan.

Mukaddimahnya aku start dari konteks bahasa. Bagi aku yang belajar 3 bahasa ni aku terperasan suatu benda. Dalam english dream boleh ditafsirkan sama ada impian atau mimpi kan. Yang peliknya begitu jugak dalam bahasa jepun, Yume yang jugak membawa maksud yang sama. Begitu jugak perkataan mimpi itu sendiri yang aku rasa jugak boleh membawa kepada kepada tafsir yang sama. Itu apa yang aku fikirkan dan daripada itu apa yang aku simpulkan mimpi dan impian mempunyai hubungkait antara satu sama lain dan dijelmakan dalam bentuk perkataan.

Okeh, Aku dan McD ni adalah peristiwa aku waktu hujung sem2 1nen AAJ dulu. Waktu tu aku dapat tawaran anugerah Mc Donald yang diadakan di Swan Hotel, Ipoh, Perak. Tentang anugerah tu aku tak nak cerita tapi aktiviti yang disertakan bersama anugerah tu. Pertamanya melawati rumah anak-anak yatim dan perkemahan. Pada waktu petang sebelum anugerah aku dan 7 orang peserta lain dibawa oleh petugas2 McD untuk melawat rumah anak2 yatim. Bagi sapa2 yang tak pernah melawat rumah anak yatim, sebenarnya rumah anak yatim ada 2 jenis iaitu yang mendapat bantuan dan yang tak mendapat bantuan (swasta). Yang mendapat bantuan ni biasanya hidup diaorang lebih terjamin berbanding yang tak mendapat bantuan. Malangnya rumah yang aku lawati ialah rumah anak yatim swasta.  Kawasannya tak besar, ada 4 biji rumah papan. 2 untuk wanita dan 2 untuk lelaki. Rata2 yang tinggal dekat situ lingkungan umur 10tahun hingga 16 tahun (anggaran aku) dan seorang makcik tua yang disisihkan oleh anaknya.

Rumah swasta ini tak mendapat bantuan dan sumber kewangannya ditanggung sepenuhnya oleh tenaga pekerja sukarelawan rumah tu. Mulianya hati mereka yang memberi bantuan. Ini termasuk tempat tinggal, makanan, dan mungkin persekolahan sekali (x pasti). Al maklum mereka yang memberikan bantuan juga hidup dalam sumber yang terhad, hidup anak2 yatim ni memang aku tengok sedih gila. Aku diajak oleh seorang budak yang aku panggil Din (form3) untuk melawat rumah diaorang.  Rumah papan ala2 rumah kampung, bila aku naik tu memang nampak la boro2 sana sini. Masuk dalam bilik diaorang dalam tu ada 5 atau 6 katil double. Entah la kalau korang gi tengok sendiri korang boleh bayang la betapa bahagianya korang yang dibela oleh keluarga sendiri.

Waktu lepak2 dekat bilik diaorang tu kami buat macam seisi dialog dan berkenal kenalan dengan anak2 ni. Tentang persekolahan diaorang, buku2 memang semua sumbangan ihsan. Tak ada la lengkap macam kita yang dapat free kat AAJ tu. Ala kadar ja. Dari situ aku dengar macam2 kisah macam mana diaorang akhirnya ditempatkan dekat tempat tu. Kematian family dan sebagainya. Dengan hidup yang terumbang ambing, tak ada tempat mengadu, aku memang tak boleh bayangkan apa hidup diaorang masa depan. Setiap orang yang aku tanya semua ada cita2, impian tapi adakah diaorang mampu mencapainya. Adakah diaorang akan berputus ada. Siapa tahu.

Waktu tu aku terfikir suatu benda. Kenapa aku berada di tempat aku dan mereka berada di tempat mereka. Allah dah bagi kepandaian, keluarga yang penyayang, badan yang sihat, malah diberi lagi peluang belajar di jepun yang mendapat biasiswa lumayan tapi apa yang diaorang ada. Rumah yang buruk, keluarga yang dalam kenangan, masa depan yang gelap. Di mana keadilan hidup. Adakah Allah tak bertindak adil dan memilih sesetengah hambanya saja untuk diberi nikmat? Tidak.... Allah Maha Adil. Kesenangan yang diberikan ini sebenarnya disertai oleh amanah yang berat yang perlu dipikul oleh kita. Mungkin kita tak sedar, tapi sebenarnya kita adalah golongan yang dipilih oleh Allah untuk membela agamanya, membela hamba- hambanya yang ditimpa musibah macam anak2 yatim ni. 

Jika ditarik biasiswa korang yang bernilai RM5000 sebulan tu, kerajaan boleh membiayai 20 orang anak2 yang ditimpa kesusahan macam diaorang ni. Tapi Allah dah tetapkan juga kita ditempatkan ni bumi Jepun ni. Untuk memikul amanah. Kenapa kita tak pernah sedar tentang hal ini. Pentingkan diri sendiri. Beli baju mahal2, mekap sana sini pastu bangga bila member nihonjin kata nihonjin rashi. Apa guna semua tu. Bangga sangat ka digelar nihonjin. Kakkoi sangat ka. Terasa bijin sangat ka. Pastu syok sendiri. Mungkin pada waktu tu apa yang aku boleh berikan pada diaorang cuma nasihat. Tapi pada masa depan kita akan mempunyai kedudukan kewangan yang lebih kukuh untuk menjamin hidup anak2 yatim ni. Sedar atau tidak kita adalah harapan anak2 yatim macam diaorang ni. Harapan bangsa, harapan agama, harapan negara. Sedarla tentang amanah yang berat yang sebenarnya terpikul di bahu setiap kita jadi marilah kita sama2 berusaha. Aku terasa ini jadi amanah untuk aku sampaikan pada korang. Mana tahu perjuangan aku setakat esok, lusa,25, 30,50 atau 70. Kita tak tahu hujung pangkal ajal kita jadi sekurang-kurangnya apa yang aku dapat ni terpahat pada hati seorang dua atau mungkin lebih.

Okeh setel mengarang first half Aku Dan Mac D. Hehehe. Wassalam.

No comments: