Sunday, 27 July 2008

Dr Mahathir & Ambisi Sebuah Negara (Proton & KLCC)

Assalamualaikum. First of all aku nak tulis benda ni disebabkan sesuatu pemikiran yang aku rasa tak patut ada pada seorang warganegara Malaysia khususnya melayu. 

Mukaddimahnya aku start dengan biodata Dr Mahathir. Beliau dilahirkan pada 10/7/1925 di Alor Setar, Kedah. Bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII Medical College, Singapore. Beliau bertugas sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 1981 hingga 2003. 6 bulan selepas perlantikan beliau telah mengasaskan Dasar Look East Policy & menyuntik dana sebuah syarikan yang hidup segan mati tak mahu PETRONAS. Pada 1983 beliau telah mengilhamkan penubuhan PROTON yang merupakan pengeluar kereta nasional pertama. Pada 1998 atas ambisi beliau, Petronas Twin Tower telah siap dibina dan menjadi bagunan tertinggi di dunia  yang selama ini didominasi oleh US. Dan ambisi beliau tidak terhad begitu sahaja malah beliau mengilhamkan gagasan MSC (Multimedia Super Corridor) yang meliputi KLIA, Putrajaya Dan Cyberjaya. Akhirnya beliau meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri pada 2003 (78tahun) dan meninggalkan kata2 (seorang pemimpin yang bijak akan meletakkan jawatan tatkala namanya harum & dikenang, bukannya sewaktu dibenci dan digulingkan) ^^ 

Ok. dalam hal ini aku nak bercerita tentang beberapa perkara yang aku dapat dari BTN, ambisi seorang pemimpin Malaysia yang unggul. Bila kita menyebut nama PROTON ramai orang akan mengeluh. Harganya mahal, malah nak memelihara kereta nasional menyebabkan harga kereta import tinggi akibat cukai. Malah cukai yang dikenakan tak munasabah iaitu 100% hingga 200%. Akibat rungutan2 ini nama PROTON semakin busuk di kalangan rakyat malaysia sendiri malah ada yang mengatakan mereka terpaksa membeli PROTON yang masih kerek kerana tidak ada pilihan. Semua yang dikatakan di atas ada kebenarannya. TAPI adakah anda tahu bahawa satu2 nya kereta nasional malaysia adalah PROTON? bagaimana dengan PERODUA? PERODUA kini telah dimiliki oleh syarikat JEPUN, DAIHATSU dan kebanyakan produk perodua adalah kereta DAIHATSU yang ditukar bunpernya supaya mendapat taraf nasional. Begitu juga denga NAZA KIA yang beriya-iya mengatakan mereka menghasilkan kereta nasional sendiri.

Jika anda memikirkan tentang Jermen, anda terbayang kereta mewah Merc. Kalau Jepun, kita terbayangkan alat elektronik Sony, kereta HONDA & TOYOTA dan sebagainya. Kalau Korea kita terbayang keunggulan SAMSUNG, KIA dan mungkin LG. Bagaimana pula jika anda membayangkan Malaysia. Adakah kita bangga menghasilkan ROTI CANAI yang dijual dengan harga RM10 sekeping di BAMPAKU,  teh tarik yang kaw, padi yang kualitinya masih x dapat menandingi Thailand, minyak kelapa sawit yang ditukar dengan pesawat sukhoi dan program angkasawan dan mungkin petroleum yang dieksport kerana mutunya yang tinggi tapi tak dapat dinikmati oleh rakyat malaysia kerana harga minyak tinggi. Adakah itu imej yang anda mahu bagi negara anda? Adakah itu yang anda dabik mengatakan Malaysia negara maju dan tak seperti negara2 serantau seperti Thailand dan Indonesia? Sebenarnya di sebalik kesusahan PROTON terselit ambisi sebuah negara kecil MALAYSIA ingin menjadi sebuah negara maju setanding dengan jepun, korea, eropah dan lain2. Jika anda membenamkan permata ini anda umpama membenarkan negara kita dijajah ekonominya oleh negara2 lain. Mungkin kita akan kaya dengan kereta2 mewah Mercedes dan TOYOTA dan sebagainya tapi pada hakikatnya ekonomi kita dijajah oleh mereka sedangkan kita mampu untuk menghasilkannya sendiri. Balik pada awal penubuhan PROTON, memang ramai memandang rendah mampukah kita menghasilkan kereta sendiri malah ada yang berkata "kalau nak buat engine pun x lepas, ni nak buat kereta". MAHATHIR telah menyahut cabaran ini "apa kata kita buat brand kereta dulu dan yang lain disusuli kemudian". Pada mulanya kita mungkin hanya merangka design kereta dengan ihsan mitsubushi. Tapi sekarang kita mempunyai tenaga2 yang mampu menghasilkan engine kereta sendiri berpayungkan syarikat PROTON yang dahulunya nak membina pintu sendiri pun tak mampu. Siapa sangka PETRONAS yang dahulunya hidup segan mati tak mahu tapi hari ini menjelajah ke bumi arab membantu mereka mencarigali minyak. PETRONAS adalah hasil pemikiran positif pemimpin kita, dan hari ini kita harus menyahut seruan ambisi ini dengan menyokong PROTON yang mungkin suatu hari nanti akan berdiri setaraf dengan pengeluar2 lain.

Pesanan : mungkin kita terutamanya masyarakat melayu hanya nampak apa yang hilang di depan mata (duit) tapi kita tak sedar apa yang hilang di sebaliknya (dominasi ekonomi malaysia oleh syarikat2 gergasi luar). PROTON adalah syarikat kita dan segala keuntungannya akan balik kepada rakyat Malaysia tapi keuntungan syarikat HONDA sebenarnya bukan dinikmati oleh anda tetapi oleh masyarakat JEPUN yang suka memakan ramen =p 

Sebenarnya ada cerita menarik di sebalik  menara petronas dan MSC dan aku akan sentuh sikit ja. Adakan anda tahu idea asal MSC sebenarnya diasaskan oleh BILL GATES yang telah membentangkan kertas kerja pelaburan untuk pembinaan Silicon Valley di Malaysia tetapi Dr Mahathir menolak cadangan itu dengan berkata, dari dia nak buat Silicon Valley untuk kita baik kita buat sendiri dan hanya mengambil kepakaran mereka ^^ dan dengan itu terhasillah MSC yang milik kerajaan malaysia dan hanya mengambil BILL GATES sebagai penasihat. 

Bagi menara petronas, Dr Mahathir telah merintis idea persaingan dalam pembinaan MEGA PROJECT dengan memberikan 2 kontrak berbeza kepada 2 syarikat berbeza. Setiap syarikat membina satu menara yang berbeza dan mereka sentiasa berlumba-lumba menyiapkan KLCC. Pada awal pembinaan KLCC mengalami kelewatan kerana pelbagai masalah berkaitan tanah dan mengalami kelewatan tetapi dengan semangat berlumba2 yang ditunjukkan o 2 syarikat mereka menyiapkannya pada waktu yang ditetapkan malah sebuah syarikat itu bekerja pada malam hari secara sembunyi semata2 ingin memenagi perlumbaan yang akhirnya mereka menyiapkannya seminggu lebih awal dari pesaingnya. Idea ini telah ditiru oleh DUBAI dalam menyiapkan mega project mereka malah US sendiri telah memperkenalkan konsep persaingan dalam pembinaan X-FIGHTER yang pertama kalinya dalam sejarah. Malah apa yang memeranjatkan sebenarnya bentuk asas KLCC diilhamkan dan dilakar oleh Dr Mahathir sendiri setelah berkali2 menolak proposal arkitek yang dirasakan tidak menepati ciri2 unik malaysia

No comments: