Assalamualaikum. Hmmm perkara ni banyak kali jugak aku fikir nak menulisnya tapi memang agak sensitif tapi aku rasa ada eloknya aku berkongsi especially bagi rakan2 yang berada di Malaysia. First macam yang kita nampak R&D di Malaysia ni agak lembap dan tak ramai yang berkecimpung dalam bidang ni menyebabkan kita terpaksa mengimport teknologi2 dan tak mampu menghasilkannya sendiri. Perkara ni aku rasa berpunca dari akar umbi sistem pendidikan malaysia, kelemahan universiti dan kurangnya syarikat2 tempatan dalam mengendalikan R&D
Okeh mula dengan cerita tentang Universiti aku, TOHOKU UNIVERSITI. Mungkin universiti ni tak top ranking sangat kalau dibariskan pada ranking keseluruhan universiti tapi R&D bagi universiti ini adalah antara yang terbaik dan peruntukannya menyamai universiti2 ternama di Jepun seperti TOKYO UNIVERSITI. Okeh bukannya nak cerita tentang tu tetapi apa yang aku nak kata, almost all my lecture bukannya bekerja sebagai pensyarah tetapi sebagai researcher & part time menyampaikan ilmu sebagai pensyarah. Harap korang boleh beza kan LECTURER/RESEARCHER. budaya ni aku rasa suatu yang aku tak nampak dekat Malaysia waktu aku ada di UM dulu. kebanyakan kita menganggap LECTURER adalah pekerjaan yang menumpukan perhatian kepada mengajar dan menghasilkan graduan2. Perspektif ini aku rasa sangat berbahaya dan ini melemahkan sektor R&D negara kita kerana kita membazirkan TENAGA PAKAR kita begitu saja. Nak kata R&D syarikat2 kita, hmmmm rasa PETRONAS la kut (mungkin tak akan kekal kerana masalah minyak), dah korang kata R&D PROTON pun ketinggalan.
Okeh, 2nd pada pendapat aku sistem pendidikan di Malaysia bukannya melatih kita mengeluarkan sesuatu2 yang baru (reka cipta) tetapi menggunakan dan mungkin membaik pulih benda2 yang sedia ada. Perkara ni memang aku tak sedar langsung dulu tapi dari pengalaman & pengamatan selama 2 tahun di sini, YA aku rasa camtu. macam kebanyakan2 universiti2 di Malaysia, ada latihan2 industri di mana melatih graduan2 skill2 sewaktu bekerja di kilang2 & sebagainya nanti tapi di universiti sini semua tu x ada. universiti di sini menumpukan kepada reseach dan ingin menyumbat studentnya ke dalam lab selama mungkin. cakap tentang lab bukannya bilik lab buat eksp tetapi group lab yang mungkin antara 10-15orang diketuai professor2 yang mengendalikan project2 R&D sebenar yang dikelola syarikat. macam sensei yang aku dapat dia buat research tentang penggunaan SUPERCRITICAL WATER (boleh tgk dlm thermodynamic) yang masih belum digunakan secara umum dalam teknologi skrg. tak pasti sistem2 di universiti lain tapi bagi universiti sini, pelajar tahun 1 sem 1 lagi telah didedahkan dengan R&D di mana setiap kumpulan akan didedahkan dengan research2 sebenar universiti yang dikendalikan oleh senseinya sendiri. malah pada sem 4 pelajar telah diberi satu tajuk(macam aku nuclear plant aging effect & SCC), kendalikan eksperimen & pembelajaran sendiri di bawah pemerhatian ketua researcher lab dan pada akhir tempoh pelajar membetangkan semua hasil2 kerja kepada semua untuk dinilai. aku rasa sistem ni suatu yang baik dan bagi pendedahan awal student kepada proses R&D. kita tak saja baca buku jawab soalan tapi kita didedah dengan dunia sebenar teknologi sekarang. mungkin korang masih tak familiar dengan nano-tiub yang senipis 2 atom & transistor yang sekecil 5nm yang bakal digunakan 10-15tahun akan datang.
Jadi aku rasa kita kena set kepala yang selepas graduate jangan terhenti cam tu sahaja & terperuk dalam kilang pebaik mesin yang negara2 lain buat. kita kena melangkah ke hadapan selaku peneroka kepada suatu yang baru dan bermanfaat (R&D). jika perkembangan kita terbantut begitu sahaja bermakna malaysia telah gagal dan kita graduan yang gagal. percaya tak korang yang 9A1, 8A malaysia tu sebenarnya nothing dan aku boleh kata tak ada kualiti pun (x semua). kita bangga dengan 9A yang semakin ramai tapi kualiti sebenarnya semakin lemah dan tak mampu bersaing jika dibawa melihat dunia luar. mungkin malaysia selama 20tahun ini bermula 1980 dapat merintis untuk perubahan generasi 20 tahun yang akan datang 2020 tapi kita harus ingat yang dunia di sekeliling makin ligat bergerak & kita akan terus ketinggalan jika kita tak mengejar dengan 3 malah 5 kali ganda. tak nak lagi duk buat research pokok durian, benih padi. orang dah buat benda tu dari zaman peralihan lagi. sekarang dunia nano, dunia aerospace, dunia digital tu yang kita nak kejar & dengan itu kita patut menyokong syarikat2 penaung teknologi kita cam petronas & proton. diaorang la yang memberi peluang untuk kita maju. mana korang nak sumbat engineer yang beribu2 lemon grad tiap tahun tanpa diaorang, nak harap kilang jepun kita duduk la keja perbaik mesin kt kilang diaorang tu sepanjang hayat. okeh benda ni semua bukan nak kata sesiapa atau merendahkan mana2 pihak tetapi sekadar aku nak kongsi sesuatu yang aku alami yang mungkin berbeza dengan pengalaman korang. kalau tak apa guna JPA bayar biasiswa RM4000 sebulan. wassalam
No comments:
Post a Comment