Sunday, 27 July 2008

MANUSIA DAN HARTA

3rd blog yang aku tulis sejak semalam. Bosan sangat studi kikou. Anyway sampi sekarang aku fushigi gila kenapa manusia gilakan harta sangat. Dari analisa aku la, manusia mempunyai kehendak yang tak terbatas especially kaum wanita (jangan marah :p). Okeh start dari nilai 1 ringgit, waktu zaman kanak2 dulu kira seringgit ni duit belanja sekolah aku tiap hari. Apa yang aku buat dengan duit tu? Zaman darjah 1-4 selalu aku beli nasik lemak lauk ayam dekat gerai depan sekolah.Tapi waktu zaman 5-6 time tu tengah popular cerita Dash Yankuro klu x silap. Memang time tu harga sebijik kereta audi RM9.90 hihi ingat lagi. Sebab aku sanggup menahan perut simpan duit 2 minggu nak beli sebijik2 kereta. Entah dari zaman dulu lagi aku tak suka memintak dari parent. Kalau nak sangat pun aku mintak upah pergi kedai, kalau sekali pergi tu boleh a-a paw 50sen-1ringgit dari parents. For me, klu nak sesuatu benda, lebih baik kita usaha sendiri nak dapat. Tapi time tu ingat lagi engine kereta yang kononnya power tapi harga dia RM35++ ke atas. Tapi time tu memang muri la nak mengumpul RM35. Duit raya pun zaman kecik2 dalam RM20 ja. Jadi itulah nilai RM1, RM10, RM20 dan RM30 aku pada zaman sekolah rendah. 

Waktu sekolah menengah pulak, sebab duduk asrama monthly parents bagi RM100. Awal2 zaman dapat seratus tu memang enjoy gila a-a. Makan kat pekan Pokok Sena tu kalau RM10 tu dah x abis membeli. Burger goreng, keropok lekor, kiew tiau bandung and lain2. tak lupa air tepu pakcik kat stesen bas sambil membeli majalah dan komik2. Waktu form 5 aku menilai koleksi komik dalam RM400 untuk koleksi2 gempak, majalah pc dengan manga. Itulah harta aku yang pertama. Waktu form 2-3 memang berjinak2 dengan cyber cafe and sekali pergi main game 3jam RM10. Tapi waktu zaman sekolah menengah ada 2 benda yang aku nak sangat, Gameboy Colour dengan Camera. Gameboy yang aku beli campur dengan game RM300 manakala kamera harga RM 250, dua-dua guna duit simpanan yang simpan agak lama jugak la sebab nak mengumpul dari RM100 sebulan. Waktu form 5 tetiba cikgu ada offer biasiswa free setahun sejumlah RM600. Setelah membodek2 yatto berjaya dapat and aku guna duit tu buat lesen kereta time lepas SPM. alhamdulillah jugak sebab bagi budak sekolah menengah macam aku ni memang mustahil la nak mengumpul RM600. Jadi itulah nilai RM100, RM250, RM300,RM400 dan RM600 aku zaman sekolah menengah dulu. 

Sebelum masuk AAJ aku dengan 2 orang member buat contract dengan sekolah untuk repair semua pc kat sekolah yang jumlahnya 70bijik beserta mengemas bilik, menjadi guard malam sebab time tu asrama perempuan kena masuk GS (Orang Gila Seks) and alhamdulillah waktu tu bayaran yang aku terima jumlahnya RM2000 setelah 1bulan setengah kerja. Dengan duit kerja pertama aku tu la aku berjaya membeli hanset butterfly nokia yang berharga RM700 time tu. Memang a-a zaman tu semua nak handset kan. Dan alhamdulillah pihak petronas tersilap masuk biasiswa first month sebanyak RM1500. Dengan duit RM1500 + RM1300 dan biasiswa bulanan RM350 tu la aku hidup dekat AAJ beserta bayar yuran pendaftaran. Dengan duit tu jugak la aku beli Gameboy Advance yang beharga RM450 dan upgrade PC dekat rumah yang berjumlah RM800. Waktu 2nen aku terasa nak beli sangat laptop jadi waktu tu terpaksa la meminjam dari akaun simpanan tetap kerana memang tak tercapai la nak beli benda yang beharga RM3500 time tu. Jadi itulah nilai RM350, RM450,RM800, RM1500, RM2000 dan RM3500 aku di Zaman AAJ dulu. 

Okeh itulah perubahan nilai2 harta dalam hidup aku dari umur 7 tahun sampi 19 tahun. memang nampak perubahan dari nilai ringgit, puluh, ratusan hingga ribu. Malah nilai itu akan terus meningkat dari masa ke masa sehingga nilai yang kita tak dapat jangka. Anyway memang sebab sifat aku yang suka independance dan x nak meminta bantuan orang jadi setiap harta yang aku usahakan dan beli dari zaman dahulu sampi sekarang ni aku boleh ingat. Sebabnya kita terasa seolah2 kita mendapat sesuatu setelah kita berusaha jadi kita akan menghargai setiap apa yang kita ada. Mungkin cara aku dan korang berlainan tetapi itulah aku. Jika inginkan sesuatu berusahalah untuk memperolehinya dengan usaha sendiri. Jadi dah menjadi sifat untuk mengatur setiap perbelanjaan sendiri supaya setiap apa yang kita belanjakan tu tak sia-sia. Bukannya kedekut sampi duit semua simpan dalam bank ja tapi maximize setiap nilai yang kita belanja. Mungkin sebab had perbelanjaan yang ada dan agak kibishi menyebabkan aku mengatur perbelanjaan dengan lebih cermat. 

Mungkin orang pelik sebab kenapa tetiba aku tulis tentang semua ni, sebabnya aku terasa yang kita sebagai student kt Jepun sekarang agak mewah dengan biasiswa JPA, jadi kita terlalu manja dan menghabiskan sewenang-wenangnya. Duit yang kita dapat ni sebenarnya hasil titik peluh setiap rakyat Malaysia yang bekerja siang malam tapi kita yang dapat faedahnya. Bayangkan untuk membiayai kita bersamaan dengan biaya 10 pelajar di Malaysia yang mungkin lebih baik dari kitaSetiap nilai yang kita dapat dari JPA adalah AMANAH dari rakyat Malaysia dan Allah, dan kita akan disoal bagi setiap apa yang kita belanjakan di akhirat kelak 

Fuh2 penat kena highlight benda ni dulu sebab takut nanti orang fikir yang aku ni gila harta lak kalau baca sekerat ja. Apa yang aku nak sampaikan ialah biasiswa yang kita dapat itu amanah & betapa beharganya nilai RM1 walaupun mungkin bukan pada korang tetapi kepada orang yang memerlukannya. Hihi okeh sambung balik

Percaya tak korang kalau manusia diberi 1 juta malah 10juta malah 100juta untuk dibelanjakan sehari boleh habis jugak. Sebab manusia mempunyai nafsu yang tiada batasan dan ada ja benda yang manusia nak. Jadi terpulang kepada keupayaan kita untuk mengawalnya. Satu pemikiran melayu terutamanya yang aku tak suka, iaitu gila mengharap dan tamak tapi malas usaha. Ini biasanya fenomena keluarga a-a. Mak meninggal malam pagi dah bergaduh nak bahagi harta. Tanah, rumah, simpanan barang kemas dan bla bla bla. Sanggup sampi tak bercakap lama2 sebab tak puas hati tentang pembahagian harta. Semua nak lebih. Tak ka terasa yang harta diperolehi bukan dari titik peluh sendiri tu akan habis sia-sia juga sebab manusia tak tahu menilainya. Dapat tanah jual pas tu beli kereta, tunggu 5 tahun kereta buruk nak tukar baru. Itu ok lagi sebab nampak gak ni kalau orang kedah kata "belanja sakan" langsung x dapat apa. Dah abis macam tu saja. Kira itu la pandangan aku terhadap harta. Dicampur dengan pengalaman membesar dalam keluarga yang sederhana pada asalnya sebelum diberi rezeki melimpah-ruah oleh Allah. Fenomena pembahagian harta keluarga di mana aku tengok betapa susahnya ayah aku yang diamanahkan dalam urusan membahagikan harta peninggalan kepada 8 adik beradik. Aku pun tak boleh cakap banyak sebab kita belum menempuh alam pekerjaan, alam dewasa bersama keluarga sebab mungkin lebih perit dari yang aku jangkakan. Ini nasihat dari mak aku la yang selalu dia cakap, untuk menjamin masa depan bukak la 2 account bank, satu account semasa dan satu account tetap. Account tetap ni bergantung pada keupayaan korang berapa banyak termampu nak simpan. RM50 ka RM100 ka RM200 ka sebulan tapi jangan sekali-kali diusik sebab pada suatu masa mungkin kita akan lebih memerlukannya berbanding membelanjakannya sekarang. Siapa tahu kan. Wassalam

Wang itu ibarat benih pohon emas. Jika ditanam di tanah yang subur maka akan tumbuhlah ia mekar membuahkan buah emas yang boleh dituai. Jika ditanam di atas tanah yang gersang maka akan lenyaplah ia begitu sahaja. Alangkah lebih baik jika dibelanjakan sedikit ke jalan Allah yang menjanjikan pulangan yang tidak terhitung kelak daripada dibelanjakan menurut kehendak nafsu yang tak pernah puas-puas. 


Love Without Reason Last Longer - Ayumi

 

No comments: