Sunday, 27 July 2008

MANUSIA, MIMPI DAN AIR MATA

Assalamualaikum. Sebelum studi ni aku nak menulis sikit tentang ilmu yang aku dapat dari segmen lepas IQ Sapuri tadi kat tv. Hari ni yang aku rasa menarik tentang psikologi yang mengkaji tahap stess seorang manusia. Menurut pakar tu la dia cakap manusia yang bermimpi waktu tidur dan mimpi tu bewarna dan boleh ingat maksudnya tahap stessnya tinggi. kira dia nak kata mimpi biasa hitam putih ja la dan sapa yang boleh ingat mimpi dia macam tengok tv kaler tu jaga2 dangan tahap stess korang. Maa cakap kat orang aku pun rajin gak mimpi terutamanya start dari hujung 1nen AAJ huhuhuhuuhu.

Okeh jadi apa kaitannya dengan air mata dalam tajuk tu. Sebenarnya kepala otak manusia ni ada reset button. Reset button ni guna untuk apa? bukan nak kosongkan pala otak korang dengan brainwash tapi reset tahap stress korang tu. Jadi kunci kepada reset button tu ialah air mata. Dari kajian yang dia buat menyatakan bahawa selepas manusia itu menangis kelapa otaknya akan rasa kosong dan tenang. Berkenaan dengan menangis ni biasanya lelaki kononnya tak kakkoi la klu menangis dan wanita suka menangis kalau terasa sedih. Keperasanan lelaki yang nak nampak kakkoi ni sebenarnya mengundang masalah balik pada dia sebenarnya. Lelaki yang suka "gaman" berisiko tinggi mendapat serangan jantung sebab bila kita stress tekanan darah tinggi kan. Oleh itu wanita dinyatakan hidup lebih lama kerana diaorang stress free kerana sentiasa mereset kepala diaorang dengan menangis. 

Jadi maybe kita kena ubah sedikit tanggapan kita tentang menangis ni. Manusia memang diciptakan untuk ketawa apabila seronok dan menangis apabila sedih. Buangkan rasa ego anda dan tunjukkan perasaan anda yang sebenar. Hint yang dia bagi tadi untuk lelaki, menangis yang tidak mengeluarkan air mata pun boleh mengurangkan stress macam bila korang tengok movie sedih sangat korang terasa mata korang panas nak agak berair. Itu pun dah cukup dan korang akan terasa sukkiri lepas menonton eiga. Moral : Tengoklah cerita2 sedih sebulan sekali nak reset pala otak korang tu :p hehehehee lawak ja. Wassalam


People are not memories that you can put into words. They live holding onto their feelings.
 

No comments: