Assalamualaikum,
First ini kikkakenya dari video anti-malaysia di youtube, dari satu rancangan indonesia tak silap aku, REPUBLIK MIMPI. kalau nak tengok boleh search dekat youtube, tapi aku cuma nak menasihatkan kita semua sebagai manusia yang waras dan berpendidikan, nilai baik dan buruk itu sendiri dan jangan ikut kehendak nafsu marah.
Indonesia merupakan antara negara jiran terdekat Malaysia, seperti Singapore, Thailand,Brunei dan Filipina. Dan dikatakan kita orang Melayu serumpun dan satu keturunan, termasuk orang filipina kat mindanao (sila betulkan fakta sebab aku tak pasti wilayah mana). Dan Indonesia merupakan negara yang kononnya mempunyai umat islam teramai di dunia dan ianya bersamaan dengan agama anutan almost masyarakat melayu, Islam. Despite persamaan agama dan keturunan, hubungan antaraMalaysia dan Indonesia adalah begitu keruh, dan kalau aku nak bandingkan mungkin sama seperti Korea Utara dan Selatan. Mungkin ramai antara warga Malaysia tidak sedar kerana kawalan media kita yg ketat.
Persoalan yang timbul dalam kepala aku, kenapa perkara ni terjadi? Adakah sebab sifat hasad dengki, ataupun mungkin ada punca-punca yang tersembunyi yang kita sendiri tak sedar menyebabkan kesepakatan hati antara 2 negara ni begitu jauh. Jawapan pertama yang aku dapat adalah berlaku lebih dari 1000 tahun yang lalu, iaitu kerajaan Sri Vijaya. Kerajaan ni bertapak di kepulauan Melayu pada 300-1400, dan successornya merupakan keturunan Melayu. Dan mungkin korang pernah juga dengar Majapahit yang begitu kuat pada waktu dulu menurut kisah2, merupakan sebuah empayar Jawa. Aku tak berani nak cerita banyak sebab aku tak tahu kisah-kisah penuh berkenaan dengan ni tapi disebabkan perbalahan dan perebutan kuasa antara kaum Melayu dan Jawa merupakan sebab Parameswara lari hingga ke Melaka dan mengasaskan Kerajaan Melayu Melaka yang unggul.
Bagi aku mungkin antara punca sebenar ketidakserasian antara Malaysia dan Indonesia berpunca dari perbalahan masa lalu antara Jawa dan Melayu hingga wujud perasaan tidak senang hati antara satu sama lain. Untuk pergetahuan umum, mostly yang menetap di Malaysia adalah berketurunan Melayu dan di Indonesia adalah sebaliknya. Tapi apa yang menyedihkan adalah kita mempunyai satu pegangan yang sama, agama Islam di mana dalam ajaran agama itu sendiri, manusia tidak patut dibahagi-bahagikan mengikut warna kulit atau bangsa.
Okeh berbalik pada masa sekarang, tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia sudah ke hadapan membina sebuah negara yang aman, makmur, stabil dan menuju ke arah permodenan (aku tak nak kata moden sebab bagi aku sebahagian masyarakat kita masih dibelenggu pemikiran kolot). Alhamdulillah atas visi pemimpin2 kita terutamanya yang paling aku kagumi Tengku Abdul Rahman & Tun Dr Mahathir. Sebaliknya Indonesia dibelenggu dengan pelbagai masalah bencana alam dan juga mempunyai pemimpin yang korup (Suharto). Jadi aku dapat lihat jurang perbezaan itu begitu ketara dan ini memaksa warga Indonesia keluar dari tanah air mereka untuk mencuba nasib mencari pekerjaan di tempat lain termasuk Malaysia.
Aku dibesarkan dalam komuniti Melayu, dan jiran aku ada mengambil pembantu rumah indonesia dan selama ini aku tak pernah merasa apa-apa yang janggal dan boleh berkomunikasi tanpa rasa kekok dengan mereka. Memang sebab pada mulanya pada pandangan aku kita adalah sama. Malah aku pernah menyuarakan rasa simpati kepada pembantu-pembantu yang terpaksa bekerja di rumah cina kerana terdapat banyak cabaran yang terpaksa dilalui. Tapi bila dewasa, aku sedar Malaysia semakin banyak mengambil pekerja asing terutamanya dari Indonesia dan Bangladesh, dan pada waktu itu aku dapat rasakan masyarakat semakin memandang serong golongan ini sebagai kelas ke-2 dan panggilan umum adalah Indon dan Bangla. Aku tak pasti sama ada panggilan itu merujuk kepada penghinaan sedikit, tapi aku rasa ia adalah lebih utk meringkaskan conversation. Dan aku setuju kerajaan Malaysia memohon maaf dan menghalang dari digunakan di media jika perkataan tu mengguris hati mereka.
Malaysia mengamalkan dasar neutral dan berusaha menjalinkan hubungan baik dengan semua negara termasuk Indonesia. Sewaktu tsunami, gempa bumi dan kebakaran hutan, kita boleh nampak Malaysia tampil untuk membantu sebagai sahabat. Tapi segala usaha baik Malaysia ni aku nampak sia-sia malah dilontarkan balik kebaikan kita ni dengan celaan, bakar bendera, demonstrasi dan sebagainya. Berkenaan dengan hal ini aku sememangnya tidak senang hati dan mula berpandangan serong terhadap Indonesia. Media Indonesia yang bebas terus mengkritik Malaysia yang kononnya tidak mengamalkan hak asasi manusia, tapi sedangkan suharto mengambil tindakan ketenteraan menjajah aceh dan timur timur? Ops Ganyang Malaysia sewaktu penubuhan awal untuk mensabotaj Malaysia dan membentuk Melayu Raya. Aku tak nampak di mana kebaikan Malayu Raya itu sekarang, dan mungkin jika Malaysia diheret menyertai Melayu Raya pada waktu dulu, nasib kita mungkin akan sama seperti sekarang. Indonesia terus menerus memberi tekanan kononnya terhadap Malaysia dan aku tak pasti apakah tujuan sebenar mereka. Adakah sifat dengki di mana bila aku tak dapat, kau pun tak boleh dapat. Ataupun mereka ingin menguasai Malaysia atau lain-lain.
Sedar atau tidak masa akan terus berlalu dan tindakan kita sekarang akan memberi impak yang besar terhadap hubungan Malaysia-Indonesia pada masa yang akan datang. Personally, aku tak nampak sebarang keuntungan oleh pihak Malaysia atau Indonesia itu sendiri dengan tindakan memburukkan Malaysia jadi aku berharap pada masa yang akan datang, kesefahaman antara 2 negara akan tercapai. Blog ni tidak berniat memburukkan mana-mana pihak, just untuk menggalakkan kira berfikir seketika tentang hal ini. gomen, aku tengah pening kepala sebab tidur lama, insyaallah aku akan edit balik di lain waktu.
-BM aku makin teruk-
No comments:
Post a Comment