Sunday, 27 July 2008

MANUSIA DAN GAMBAR

Hipotesis : manusia akan memilih gambar yang menunjukkan kecantikan@kehenseman dirinya dan sentiasa hidup dalam kepura-puraan dangan menunjukkan kebaikan dirinya

eksperimen : membelek berpuluh2 album gambar di friendster dan meneliti tingkah laku manusia sekeliling termasuk diri sendiri

inferens : 

1)manusia akan menangkap berpuluh2 gambar pada satu2 masa. dalam proses mengedit dan menyimpan gambar dia akan memilih gambar2 yang menampilkan dirinya yang terbaik untuk dipaparkan.apa kata kita memilih gambar secara random untuk dipaparkan? 

2)manusia sebenarnya sentiasa hidup dalam kepura-puraan dan tidak menggambarkan dirinya yang sebenar kepada manusia lain.contoh sewaktu temuduga kerja atau apa2, biasanya lelaki akan memotong rambut, mengemaskan misai2 dan mengenakan pakaian formal (kemeja dan slack) supaya imej orang lain tentang dirinya dapat ditingkatkan. bagaimana jika seseorang itu pergi ke temuduga dengan imej sebenarnya? 

3)bila berjumpa dgn kekasih, manusia akan memilih pakaian yang terbaik(sanggup beli baju baru),bersolek2(bagi wanita) dan berkemas2 serta wangian.apa kata manusia pergi berdating dengan imej biasanya? 

4)manusia yang hidupnya sederhana sanggup berhutang gadai untuk membesar dan mencantikkan rumah, membeli peralatan2 mewah dan menukar kereta baru supaya dia kelihatan grand dan kaya. apa kata kita berbelanja sekadar yang mampu dan mengelakkan dari berhutang untuk tujuan begitu? 

5)setiap manusia akan mempunya 2 set pakaian, pakaian untuk dipakai di rumah(baju lama) dan pakaian untuk keluar rumah(baju yang kemas dan agak baru). manusia akan menghabiskan masa lebih dari 12jam di rumah jadi bukankan imej sebenar manusia itu di rumah dan bukannya sewaktu keluar belajar atau bertemu rakan2 saja. berapa peratus lelaki yang menyikat rambut sewaktu di rumah dibandingkan sewaktu hendak keluar rumah? berapa peratuskan wanita bersolek sewaktu di rumah dibandingkan sewaktu keluar rumah? 

6)manusia akan memakai baju biasa sewaktu hendak bersolat dia rumah,malah ada di antaranya tidak membersihkan diri(mandi) walaupun keadaan agak kurang menyenangkan tetapi bila hendak bersolat di masjid atau surau, manusia akan membersihkan diri, mengenakan pakaian yang cantik(baju melayu&kain pelikat malah serban).adakah ada perbezaan antara kita berjumpa allah di rumah dengan di masjid. adakah dilihat oleh manusia sekeliling itu lebih besar daripada dilihat oleh allah sedangkan tujuan kita adalah untuk menyembahNYA ?

kesimpulan : 

1)manusia akan sentiasa hidup dalam berpura-pura dan terus dalam kepura-puraan. kita boleh berpura2 pada orang lain tetapi kita tidak boleh menipu diri sendiri. tidakkan anda merasakan kepura-puraan sewaktu menjalinkan hubungan terutamanya kasih-kekasih akhirnya akan membawa kesan buruk kepada institusi keluarga yang akan dibina. Ini kerana kita akan memaparkan imej sebenar kita akhirnya. jadi tunjukkan diri sebenar supaya pasangan itu benar2 menerima imej diri kita

2)saya menasihati diri saya dan kepada sesiapa yang membaca supaya mengurangkan kepura-puraan(kita x boleh mengelak) dengan menambah-baikkan diri kita yang sebenar. berubah dari masa ke masa

3)gambar dalam friendster itu adalah ilusi optik jadi jangan percaya 100% Image yang cantik x semestinya cantik dan yang buruk x semestinya buruk

No comments: